Stesen Kontraktor (M) Sdn Bhd

Kontraktor Awam & Bangunan

Pengenalan

Stesen Kontraktor (M) Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang beribu pejabat di C-10-04, Plaza Mont Kiara, Jalan Kiara, 50400 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah didaftarkan pada 31hb Julai 1994 dengan modal berbayar sebanyak RM 1,000,000.

 

Objektif utama penubuhan syarikat ini adalah untuk mewujudkan sebuah syarikat kontraktor dan pemaju yang bertanggunjawab dalam mengurus dan melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan kejuruteran awam dan pembinaan bangunan.

 

Syarikat ini telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred G7  (Tiada Limit), kategori Pembinaan Bangunan (Pengkhususan B02, B04, B12, B13), kategori Pembinaan Kejuruteraan Awam (Pengkhususan CE01, CE10, CE13, CE21, CE34, CE36) serta kategori Mekanikal dan Elektrikal (Pengkhususan M01, M15); Kontraktor Kelas B bertaraf Bumiputera dan Syarikat Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM).

 

Lembaga pengarah Stesen Kontraktor (M) Sdn. Bhd. terdiri daripada beberapa orang ahli berpengalaman dalam pengurusan hartanah, pembinaan pelbagai jenis bangunan, projek infrastruktur dan beberapa jenis perniagaan terpilih dengan dibantu oleh profesional dan tenaga mahir dalam bidang berkaitan. Syarikat ini yakin berkemampuan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja projek yang berkenaan dengan kejuruteraan awam, pembinaan dan penyelenggaraan bangunan, pembinaan serta pemaju perumahan dengan jayanya.

 

Sejajar dengan matlamat Kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, Stesen Kontraktor (M) Sdn. Bhd. bertekad mendokong bersama hasrat tersebut melalui perkhidmatan berkualiti dalam penyediaan kemudahan infrastruktur dan prasarana, di samping kejayaan syarikat yang terbukti dalam penyempurnaan beberapa projek pembinaan di Johor.

 

Matlamat jangka panjang Stesen Kontraktor (M) Sdn. Bhd adalah penghasilan pelbagai projek pembinaan secara lebih efisien pada masa hadapan. Dengan bantuan dan sokongan daripada semua pihak terutama daripada pihak berkuasa dan juga para pembekal, syarikat Stesen Kontraktor yakin dapat catat tahap pencapaian yang lebih membanggakan di masa akan datang.

Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Indahpura, Kulai, Johor

Klinik Kesihatan Simpang Renggam, Kluang, Johor

Sekolah Kebangsaan Taman Mount Austin, Johor

Kementerian Pendidikan Malaysia

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan sepenuh penghargaan kepada pihak Stesen dalam melaksanakan reka bentuk dan pembinaan Sekolah Kebangsaan Bandar Indahpura 2 dalam pada masa yang cepat dan efektif!

Pencapaian Kami

Tahun Pengalaman
M
Projek Siap Dibina
Sijil Pengkhususan Gred 7
+
Agensi Pelaksana

Hubungi Kami